Perkataan ‘SILAT’ berasal dari Bahasa Arab iaitu ‘As Silsilati’. Tok Guru saya
kata As-Silsilati itu boleh diterjemahkan dengan prkataan prhubungan, hubung kait atau kaitan. Perkataan silat klau dterjemahkn ke dlm bahasa kita sekarang ertinya
latihan pertahan diri yang ada hubung kait, yg ada kaitan spt mana yg diajar
oleh Nabi SAW kpd sahabat, sahabat pula mengajarkan kepada tabiin &
seterusnya. Iaitu suatu latihan pertahanan diri tidak kira d atas apa juga susunan
langkah yg diberi nama atau yg belum diberi nama yg disertakan dgn qosod
& tujuan menjual diri & hartanya kepada Allah SWT & Rasul & sentiasa
berada di atas dasar aqidah, syariat & akhlak Rasulullah SAW krn :-
a. Menjaga kesucian Agama Islam.
b. Menjaga maruah diri & keturunan yg beragama Islam.
c. Menjaga harta & tanah air orang Islam.
Suatu latihan yg bebas dari Syirik Uluhiyyah & Syirik Rububiyyah
dlm ilmu & amal. Suatu latihan yg mngajak ahli-ahlinya berada di dalam Tauhid
Uluhiyyah & Tauhid Rububiyyah yg membawa kpd kemantapan aqidah, syariat & akhlak yg sentiasa mengikat darjatnya di sisi Allah SWT.
Manakala wirid, jampi & doa pula drpd Al-Quran, Al-Hadis Nabawi & yg diambil dari ulama’ yg ahli pd babnya yg ada untaian & rangkaian salasilah
ambilannya sehingga sampai kpd junjungan besar Nabi Muhammad SAW atau
paling kurang sampai kepada ulama’ muktabar yg mahsyur & dikenali umum,
disamping melazimkan puasa sunat & sembahyang sunat sebagai tetamu kpd
amalan yg telah difardhukan & diwajibkan di dalam Agama Islam.
Dari sini dapatlah difahami dgn jelas & ketara di antara latihan pertahan
diri, perbomohan, kebatinan & kerohanian yg menurut Agama Islam & yg
tidak menurut Agama Islam berdasarkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Antara perbezaan dasar yg jelas & ketara ialah org-org yg tidak
menurut Islam dalam latihan pertahan diri & perbomohan atau seumpamanya itu
mesti akan terdapat atau ada pada diri mereka beberapa perkara berikut :-
1. Jahil Murakab.
2. Jahil Basit.
3. Ikut membabi buta.
4. Berpegang teguh kpd hukum adat semata-mata.
5. Mengikut bijaksana pemikiran semata-mata.
6. I’tiqad Hululiyyah & I’tiqad Wahdatul Wujud.
7. Memuja roh & penjelmaan roh ke dlm diri.
8. Jahil dlm kaedah Bahasa Arab di dlm menghuraikan ayat-ayat Al-Quran,
Hadis Nabi & kitab-kitab Ulama’ atau kurang cermat mentafsir ayat &
perkataan mereka.
9. Mengambil ilmu & amal dr orang jahil aqidah, syariat & akhlak atau orang
yg tidak beramal dgn aqidah, syariat & akhlak.
10. Ada perjanjian yg sama dgn hukum syarak, harus & haram dlm hukum syarak.
11. Tidak mendekati alim ulama’ yg ahli pada babnya & tidak mengambil
nasihat & pengajaran drpd mereka.
12. Mngadakan mubai’ah yg disertakan dgn sumpah bagi memberatkan diri melaksanakan yg baik & menjauhkan yg jahat.
13.Berpegang teguh & beri’tiqad yg wirid, jampi & doa boleh
menghasilkan sesuatu.
Ciri-ciri Latihan Pertahanan Diri, Perubatan, Perbomohan & lain-lain
menurut perspektif Islam antaranya :-
1. Sentiasa berpegang teguh kpd Tauhid Uluhiyyah & Tauhid Rububiyyah
& memelihara diri supaya tidak terjatuh kpd Syirik Uluhiyyah & Syirik
Rububiyyah dlm ilmu & amalan.
2. Memulakan sesuatu yg baik dgn Istighfar, Syahadatain, Taawudz & Bismillah.
3. Tidak bercampur lelaki & perempuan yg halal nikah dlm amalan latihan
& dlm perubatan.
4. Latihan itu hanya semata-mata ubudiyah diri, zahir & batin kpd Allah SWT bg mningkatkn keyakinan yg tinggi serta mencapai akhlak yg mulia.
5. Berpakaian yg menutup aurat.
6. Tidak membangsakan susunan langkah itu kpd apa yg dilakukan oleh
Nabi SAW atau mana-mana Nabi & Rasul Alaihi Massalam atau kpd
mana-mana Rukun Fi’li Islam bg mngatakan ketinggian & kehebatan
susunan langkahnya.
7. Latihan pertahan diri adalah suatu sunnah dlm Agama Islam jika tujuannya
seperti yg tersebut dlm huraian perkataan silat, kerana Nabi Muhammad
SAW sendiri menjadi jaguh Semenanjung Arab, menjadi panglima
agung dlm peperangan & menjadi maharaja dlm pemerintahan.
8. Memperkukuhkan hubungan silaturrahim & persaudaraan dlm Agama
Islam.
9. Dibolehkan mengambil upah jampi tetapi tidak boleh menjaminkan hasil hajat
& kesembuhan penyakit tanpa bersandarkan kpd Allah SWT.

No comments:
Post a Comment